BERSEDIALAH, MALAYSIA BAKAL BERDEPAN DENGAN KRISIS EKONOMI LEBIH TERUK???

Rakyat Malaysia diharapkan bersedia dengan krisis ekonomi yang bakal berlaku pada masa terdekat. Bila berlaku krisis ekonomi rakyat paling terkesan kerana peluang pekerjaan berkurang, pengangguran meningkat, faedah pinjaman bank meningkat serta kadar jenayah juga akan meningkat. 
Oleh kerana rakyat diminta berjimat cermat, kurangkan berbelanja dengan bermewah-mewah serta memastikan setiap rakyat mempunyai wang simpanan yang cukup.
Portal Malaysiakini semalam melaporkan bahawa Asia berada di ambang kemungkinan krisis kewangan, menurut penganalisa politik, dengan Malaysia berada di kedudukan ketiga untuk tempat ia bermula.

Berbanding dengan krisis kewangan Asian 1997 yang bermula di Thailand, penganalisa Alastair Newton berkata, krisis tersebut berlaku ekoran hutang domestik.
“Ia bukan krisis 1997 sekali lagi, bukan disebabkan oleh hutang luaran.
“Ia lebih kepada krisis Asian versi 2007 (krisis gadai janji subprima di Amerika Syarikat). Ia berkenaan hutang domestik dan kenaikan harga aset yang disebabkan kadah faedah rendah yang berterusan.
“Ini akan menjurus kepada tekanan utama dalam sistem kewangan,” katanya di Petaling Jaya, pagi ini.
Bekas duta British itu berucap semasa Persidangan Ekonomi Global 2016, yang dianjurkan oleh pasukan pemikir Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Pusat Kajian Sosio Ekonomi (SERC).
Mendahului senarai negara-negara yang terdedah kepada krisis seumpama itu, Newton berkata, adalah China dan Hong Kong, diikuti oleh Thailand dan kemudiannya, Malaysia.

Comments