HAPPY BITRHDAY GST, RAKYAT SEMAKIN MENDERITA

SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA GST, RAKYAT SEMAKIN MENDERITA
GST sudah setahun dilaksanakan. Diam tak diam sudah setahun rakyat menderita akibat terpaksa membayar GST untuk semua harga barangan dan caj perkhidmatan. Pelbagai janji manis kerajaan sewaktu mula-mula memperkenalkan GST ini nampaknya hanya tinggal omongan kosong sahaja. Rakyat terus dipermain dan diperkudakan tanpa boleh melakukan apa-apa. Mahal macamana sekalipun harga barang mereka terpaksa membelinya. Jika mereka tidak ada duit terpaksalah mereka ikat perut.
Rakyat terpaksa menanggung kesusahan kerana setiap kali mereka membeli barangan di kedai mereka terpaksa membayar lebihan 6 % dari harga asal barangan untuk GST. Contohnya jika mereka membeli barang dengan harga RM10.00 mereka terpaksa membayar RM10.60.
Bayangkan jika rakyat berbelanjan sebanyak RM10,000 setahun maka mereka terpaksa mengeluarkan belanja lebihan sebanyak RM600. Jumlah RM600 ini amat besar bagi saudara-mara kita yang berpendapatan rendah. Namun bagi para menteri dan golongan berada jumlah RM600 itu hanya perbelanjaan mereka untuk sarapan pagi sahaja.
Lebih parah lagi para petani sekarang ini berhadapan dengan harga komoditi Kepala Sawit dan Getah yang sangat rendah. Semua ini menambahkan lagi kesengsaraan mereka yang sudah sedia menderita selama ini.
Oleh kerana itu saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada kerajaan berkaitan GST ini. DIharapkan pihak terbabit dapat memberikan jawapan yang jujur dan meyakinkan.
Sila jelaskan perkara-perkara di bawah :
1) Mengapa setelah GST dilaksanakan harga barangan terus melambung tinggi sedangkan sebelum ini kerajaan menyatakan bahawa banyak barangan yang akan turun harga.
2) Jumlah kutipan GST berbilion ringgit selama setahun ini tidak memberikan kemudahan kepada rakyat kerana tidak nampak apa yang rakyat dapat selain harga barangan yang terus melambung tinggi. Kemudahan asas di Sabah dan Sarawak masih teruk, rakyat masih menanggung kos pendidikan, rawatan kesihatan yang tinggi, kos utiliti seperti air, elektrik semakin naik, cukai pintu dan harta meningkat dan sebagainya.
3) Sudah jelas terbukti GST langsung tidak memberikan kemudahan dan kesenangan kepada rakyat jadi mengapa ia menjadi tempat untuk kerajaan mengaut keuntungan di atas kesengsaraan dan penderitaan rakyat.
4) Kerajaan jangan marah jika rakyat akan membuat keputusan untuk menolak kerajaan yang ada pada hari ini pada PRU 14 nanti.
Sudah sampai masanya rakyat membuat perubahan secara total dengan menukar kerajaan pada PRU 14 nanti. Malah rakyat negeri Sarawak wajib melakukannya lebih awal pada Pilihanya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Kepada golongan yang berkuasa dengarlah rintihan dan rayuan rakyat marhaen yang terus menderita kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tidak adakah sekelumit rasa simpati dan kasihan kepada mereka.
Dasar GST ini boleh diubah dan dimansuhkan. Janganlah kamu terus membebankan rakyat hanya kerana kerajaan tidak ada cara lain untuk menambah pendapatan. Cuba muhasabah dan renungkan cara para menteri berbelanja, cara pentadbiran kewangan kerajaan dan sebagainya.
Kepada rakyat kita semua ada kuasa untuk menentukan masa depan kita 5 tahun sekali melalui Pilihanraya ............
Mohd Sofi Abdul Wahab
Naib Pengerusi
Pengarah Komunikasi dan Media
Parti AMANAH Negara
Negeri Melaka

Comments