.

.

31 August 2015

SOALAN UNTUK NAJIB : SETUJU RASUAH DAN PENYELEWENGAN MINDA HEBAT KE?

Sejak Sabtu, beribu-ribu penunjuk perasaan berdemonstrasi di ibu negara untuk mendesak perdana menteri meletakkan jawatan ekoran kontroversi 1MDB serta sejumlah RM2.6 bilion derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Malam tadi dalam perutusan kemederdekaannya, Datuk Seri Najib Razak berkata  peserta himpunan BERSIH 4 sebagai “tidak matang” dan “berminda cetek” sekali gus memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang serta pengkhianat yang mahu memusnahkan negara.
"Seperti yang kita semua tahu, apa yang telah berlaku sejak dua hari lepas adalah sangat tidak sesuai. Ia menunjukkan mentaliti cetek.
"Kerana itulah kita menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan ia bukanlah sebagai saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dalam sebuah negara demokrasi," kata Najib.
Kita hendak bertanya kepada Najib, orang yang setuju dengan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, ketirisan, kezaliman, penindasan, adakah mereka itu minda cemerlang.????
Kalau begitulah pemikiran Najib beliau sendiri sebenarnya berminda cetek dan tidak matang. Beliau mungkin mampu mengeliru dan kelentong sesetengah rakuat tetapi bukan semua rakyat yang bodoh.
Sumber Mkini

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter