MUHYIDDIN !!! JOM BERSAMA-SAMA RAKYAT DALAM BERSIH 4.0

Gerakan Anak Muda Harapan Baru (GAM GHB) menjemput mantan TPM Muhyiddin Yassin sama-sama turun ke himpunan aman Bersih 4.0 pada Sabtu ini.

Jika benar Muhyiddin ingin membuat pembaharuan kepada sistem politik dan pentadbiran negara seperti yang dimahukan rakyat jom sama-sama sertai rakyat untuk menunjukkan bantahan kepada kepimpinan yang ada. Kita bukannya ingin melakukan huru-hara dan sebagainya. Kita hanya mahu menunjuk rasa tidak puas hati dan kesal kepada kerajaan.

Himpunan ini adalah aman jauh sekali dari rusuhan dan keganasan seperti yang digembar-gemburkan.

Ikuti video klip GAM GHB selepas mereka menyerahkan surat jemputan kepada Muhyiddin. KLIK di SINI

Comments