JOM TELAAH DR DZULKEFLY 'KELENTONG' TENTANG GHB

Ucapan Dr Dzulkefly Ahmad Di Program Dialog Terbuka Politik Malaysia, Lembah Pantai 

1. Betul kami kelompok kalah. Tetapi tidak pernah dalam sejarah pemilihan, berlaku kalah yang gugurnya setandan sebegini. Kami mengakui kekalahan itu, namun kekalahan yang mungkin juga merupakan 'rahmat yang tersembunyi'. 
2. Kami dikalahkan dengan cara telah pun tuan-tuan ketahui. Kelompok kami dianggap sebagai mengekang kelompok yg diketuai presiden kerana setiap kali mesyuarat kelompok ini datang dgn penghujahan yang cukup, sehingga presiden tidak dapat membuat keputusan dalam perkara dasar. Hakikat ini diakui okeh Ketua Dewan Ulama (intrview MM).

3. Betul juga kita kelompok 'kecewa'. Kita kecewa kerana sejurus kita kalah, sementara TGNA sudah tiada, PAS membuat pendirian berpisah dengan DAP, sekaligus berakhirnya PR. Mengkuburkan satu muafakat politik yang disuburkan sekian lama yang memberi manfaat yang besar kepada perjuangan Islam yang inklusif dalam sebuah mesyarakat majmuk.

4. Asalnya tiada sorang pun di kalangan kami mahu buat parti baru. Tak ada niatpun. Tapi pada 16 Jun di Johor, kami buat brainstorming, sebulat suara bersetuju meneruskan perjuangan TGNA, membawa Islam 'Rahmatan lil alamin' yang menaungi semua. Semua berasa selamat dan terbela di bawah lembayung 'Islam Untuk Semua'. Justeru cara terbaik untuk membawa mesej itu adalah dengan meneruskan tahaluf siyasi.

5. Kenapa kami tubuh wadah baharu, adalah kerana mahu mengangkat kembali agenda Pakatan Rakyat 2.0 utk depani persaingan sengit PRU14 akan datang.

6. Kalau persoalan hudud dijadikan sebab PR pecah, itu tidak tepat. Ketika metrai polisi bersama pada April 2008 pun tidak agenda hudud dalam 'Dasar-dasar Bersama atau 'CPF'. Sejak awal lagi tidak ada. Zaman TGNA masih ada, Karpal Singh masih ada. Bab hudud kita 'setuju untuk tidak bersetuju'. Kelantan boleh terus bentang dan rakan-rakan boleh kekal tidak setuju. Mengapa berubah sikap dan pendirian? Tentunya banyak lagi yang tidak difahami umum. Mengapa langgari perjanjian tahaaluf?

7. Kami berkeyakinan ini wadah politik Islam baru untuk menjadi satu penyelesaian kepada kemelut dan krisis yg didepani negara dan rakyat. Kami meyakini bahawa ini kehendak dan desakan rakyat untuk kami angkat semula PR 2.0 bagi berdepan kemelut kebobrokan pentadbiran negara pimpinan Najib Razak dan Umno-BN.

8. 1MDB meletakkan Malaysia 'sempurna' dalam krisis. Tiada lagi aspek dalam negara yang tidak berkrisis dan dalam kerentakan. Semua cabang kuasa yakni Legislatif dan Judisiari, dijerut dan dicekik pihak Eksekutif. Negara hampir lumpuh dan kegagalan sistem itu dicerminkan oleh keruntuhan nilai matawang ringgit negara.. Alahai!

9. Jadi inilah masanya, rakyat membuat perubahan bersama kami harapan baru sekaligus bersama Pakatan Rakyat 2.0 menumbangkan UMNO-BN. 


~ Team Media GHB ....dipetik dari Greenboc. 

RENUNG DAN FIKIR-FIKIRKAN .......ALANGKAH BAIKNYA JIKA KITA MENGKAJI DAN MENILAI PENDAPAT DAN PANDANGAN ORANG LAIN SEBELUM KITA MENGHUKUM DAN MENGHENTAM SECARA SEMBERONO. SEBAIKNYA KITA BERBINCANG DAN BERDIALOG BUKANNYA MEMBURUK-BURUKKAN ORANG LAIN TANPA DIBERI PELUANG MEMBELA DIRI. 

Comments

Anonymous said…
sudah lah..xpayah nak gebang la..siape yg hina pas sbb xnak ikut ckp dap? pas nak bersatu dgn umno utk hudud je..psal agama Islam....agama yg engkau anuti...skrg dap nak gabung dgn umno utk turunkan najib..Dan buat kerajaan gabungan bn dgn pr2.... ape pulak pendirian engkau sopi wahab....
5sal said…
Ketua dewan ulama semasa wawancara ngan mk telah beritahu selagi geng profesianol berada didlm pas mereka(geng ulama) akan kalah dalam berhujah.Maka tak ada cara dan jalan yg terbaik menyikir mereka(profesianol) dengan melakukan kata fitnah hanya yg mempunyai hati nurani akan terasa umpat fitnah ni.Mat Sabu pun pernah berkata hati dia bukan plastik. Maklum saja mereka(ulama)ini suci lagi menyucikan.Tak taulah betul atau tidak....!
Anonymous said…
Apa yg disebut oleh Dr Zul adalah fakta bukannya kelentong...
powertrain1648 said…
Alhamdulillah.......elokla tu...org amanah xkan guna medan pas utk hentam pas...itu duri dlm daging...kita takrif amanah ikut quran dan sunnah...bkn nafsu dan dap...sekdr utk buat onar dr dlm jrn dendam dan sakit hati...mana iman?
paparock said…
masalah yang anda sengaja tutup
1. DAP yang memutuskan hubungan PAS terlebih dahulu menggunakan tertib BA..DAP Sarawak mulakan diikuti dengan DAP Sarawak, apa yang kumpulan anda buat?
2. Setiap hari DAP memaki, mengutuk Presiden PAS, apa yang kumpulan anda buat?
3. Setiap hari DAP lantang dan bersikap kurang ajar dengan memperlekeh dan menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan, apa yang kumpulan anda buat?
4. Anda mengakui bahawa gabungan PR adalah melandaskan konsep "bersetuju untuk tidak bersetuju" adakah itu bermakna DAP boleh bertindak sewenangnya dengan membelakangi PAS seperti menuntut kuota jawatan exco selangor untuk PAS dikurangkan dan melanggar persetujuan untuk memberi hak timbalan speaker DUN kepada PAS.
5. Apakah anda dan kumpulan anda yang mengaku pro itu tidak mempunyai maruah apabila DAP secara terbuka memutuskan hubungan dengan Presiden parti anda...tetapi anda tidak memberi sebarang reaksi
6.Apakah betul tindakan anda apabila DAP memutuskan hubungan dengan PAS, anda pula menyalahkan PAS
7. Apakah betul tindakan anda yang menggunakan nama TGNA demi menghalalkan tindakan anda kononnya tindakan tersebut selari dengan kehendak TGNA sedangkan TGNA sendiri telah melalui sejarah penubuhan HAMIM, BERJASA dan TGNA tidak pernah berganjak dengan PAS bahkan meninggal dunia pun dalam PAS
8. Adakah betul tindakan anda menubuhkan parti baru sekaligus cuba membunuh PAS kerana kononnya PAS telah melanggar tahalluf siyasi sedangkan anda tahu bahawa konsep tahalluf siyasi itu boleh diteruskan selagi ia tidak menyekat hak PAS sebagai sebuah parti Islam yang memperjuangkan Islam secara mutlak.
SEJUJURNYA, anda terpesona dengan kilauan Putrajaya sehingga anda terlupa jalan mananya yang wajib anda pilih
Anonymous said…
Kalau tak ada agenda hudud untuk dilaksanakan takkan TGNA setuju ada PR. Buat apa dia terpekik terlolong siang bercakap berkenaan hudud di Kelantan. Aku yang daripada tak faham cerita hudud dapat sikit sebanyak ilmu tentangnya.

Kalau kita nak justify satu perkara yang kita buat mesti selari cerita permulaan sampai habis. Barulah otak yang rasional dapat terima.