KUALA BESUT : TAHUKAH ANDA RAHSIA BN AKAN MENANG

Ini adalah rahsia BN akan menang di Kuala Besut :

1) Menggunakan cara tradisi mereka untuk memastikan undi tentera dan polis berpihak kepada mereka lebih dari 90 %. Undi tentera dan Polis berjumlah lebih dari 1000 undi di Dun Kuala Besut.

2) Menggunakan sepenuhnya duit rakyat dengan mengumumkan projek-projek besar sehingga berjumlah hampir RM400 juta.

3) Menyalahgunakan jentera kerajaan untuk mempengaruhi pengundi dan menggerak jentera BN

4) Mengugut kakitangan kerajaan dan pengundi dengan pelbagai ugutan yang berkaitan dengan kerja dan bantuan.

5) Menggunakan media sepenuhnya untuk menaikkan imej calon BN dan pada masa yang sama merendah dan memburuk-burukkan calon PAS.

6) Menghalang kuliah, tazkirah dan ceramah agama dari Ustaz-ustaz yang bukan Umno/BN di surau dan masjid.

7) Menggunakan wang dan barangan untuk merasuah pengundi terutama pengundi miskin dan mereka yang tinggal jauh di pedalaman.

dan lain-lain .........

TETAPI INGATLAH KAMU HANYA BOLEH MERANCANG UNTUK MELAKUKAN APA SAHAJA YANG HARAM DI SISI AGAMA DAN DEMOKRASI. KAMI ADA ALLAH TEMPAT MENGADU ......INGATLAH DOA ORANG YANG KENA ZALIM TIADA HIJAB DI SISI ALLAH












Comments

Anonymous said…
Satu lg jgn lupa...tiba tiba blkout.



Anonymous said…
setuju