KECUAIAN BERAKHIR DENGAN TRAGEDI

Banyak kes kecuaian berlaku disebabkan ibu bapa.


Ibu bapa menyuruh anak pergi ke kedai seorang diri walau usia anak itu kecil lagi. Akhirnya anak itu mati dibunuh oleh syaitan yang dikenali.

Anak itu dibiarkan main sendirian kemudian didapati mati dan dirogol.

Anak ditinggalkan di dalam kereta dan meninggal dengan sengsara..

Apa peranan kita sebagai masyakarat. Tidak cukup sebenarnya dengan perkataan kasihan, simpati dan sebagainya. Tidak cukup sebenarnya kita berbalah-balah.

Ayuh mulai hari ini bila kita lihat anak-anak berjalan seorang diri di jalanan kita tangkap tangannya tanya, mana dia nak pergi. Tanya di mana dia tinggal dan kita hantar dia balik rumah dan kalau boleh tarbiyahkan keluarganya kalau kita dapati keluarganya melakukan kecuaian.

Apabila melalui tempat parking, atau mana-mana kereta kosong, kita jenguk kereta-kereta yang kita lalui. Mana tahu ada yang tertinggal anak dan kita dapat membantu. Bahkan mana tahu ada si pencuri yang sedang mengopek daun pintu kereta orang lain? 

Pengusaha tempat letak kereta juga boleh melakukan sedikit bantuan dengan meletakkan papan tanda seperti..
(ADAKAH ANAK ANDA BERSAMA ANDA SEKARANG).

Biasa saya lihat mereka akan letak
(JANGAN TINGGALKAN BARANG BERHARGA DI DALAM KERETA).

Terutama kepada sesiapa yang menyatakan simpati konon kita tidak dapat menerima takdir tuhan atas kematian anak-anak ini. AYUH..jalankan peranan anda, peranan yang berterusan supaya takdir ini dapat diubah.

Saya berdoa supaya tidak lagi mendengar kes yang sebegini kerana setiap kali saya membaca kes anak-anak meninggal dengan cara yang tragis. Saya sering membayangkan sengsaranya mereka menghadapi kematian. Ya ALLAH tidak dapat dibayangkan..hiba sampai menitis air mata.

Kita boleh mengubah takdir dengan berusaha dan berdoa....

Sumber : FB Norhayati Berahim
Gambar sekadar hiasan

Comments