HATI BERKECAI DAN SEDIH ATAS KEGANASAN KUDETA MESIR

[Ringkasan kenyataan Fadhilatul Imam Al-Akbar As-Syeikh Ahmad At-Tayyib]

27 Julai 2013/18 Ramadhan 1434

1. Hati Al-Azhar As-Syarif berkecai dan pedih atas banyaknya darah rakyat yang bersih yang tumpah pada hari ini di Mesir.

2. Al-Azhar As-Syarif menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dibuat sehingga mengorbankan jumlah yang besar dari rakyat Mesir pada pagi ini.

3. Al-Azhar menegaskan bahawa tindakan berdarah yang telah diambil pada hari ini telah merosakkan usaha untuk menjalankan 'musolahah' (plan damai),dan usaha menyelesaikan krisis selama ini.

4. Al-Azhar As-Syarif menegaskan,dakwaan untuk menentang terroris atau pelanggaran undang-undang mestilah dengan tidak berbuat tindakan melampaui batas undang-undang dan mestilah dengan tindakan yang menghormati hak asasi manusia,khususnya hak Nyawa mereka.

5. Al-Azhar As-Syarif menuntut dan mendesak kerajaan sementara kini untuk segera menyiasat peristiwa yang berlaku,melalui siasatan perundangan pantas dan menjatuhkan hukuman sesegera mungkin kepada penjenayah yang bertanggungjawab - tidak kira apa sahaja pangkat kedudukannya atau alirannya.

6. Al-Azhar As-Syarif sekali lagi menyeru,kesemua rakyat Mesir dan ahlibijakpandai dalam negara untuk duduk bersama di meja hiwar yang bersunggung-sungguh untuk keluar dari krisis semasa ini dan untuk mengelakkan terusnya berlaku tumpah darah.

7. Al-Azhar As-Syarif memperingatkan semua pihak,bahawa tidak ada ganti kepada hiwar (dialog), melainkan kerosakan.

8. Al-Azhar As-Syarif mengingatkan semua pihak dengan pesanan Sayyiduna Rasulullah SallaAllahu Alaihi Wa Sallam : "Apabila bertembung dua orang mukmin dengan senjata mereka,pembunuh dan yang dibunuh akan mendapat balasan neraka".

Kenyataan penuh boleh dibaca di : http://on.fb.me/1e3Pjk5

Terjemahan Oleh : Muhammad Noorazam Bin Bahador
Sumber : الأزهر الشريف

Comments

Charmain said…
This is fantastic!