.

.

16 April 2013

UST NASHA TERSENARAI SEBAGAI CALON BN? OH TIDAK

Senarai calon BN akan diumumkan hari ini. Pelbagai pihak sedang menunggu dengan penuh debar khususnya mereka yang kepingin benar hendak menjadi calon BN kali ini. Tidak ketinggalan mereka-mereka yang melompat parti dan yang cenderung untuk bersama BN juga sedang menunggu dengan penuh harapan.

Ahli-ahli Parlimen dan Adun yang melompat dengar khabarnya turut melobi untuk dipilih mewakili BN walaupun peluang mereka sangat tipis kerana terlalu ramai yang berharap nama mereka naik dan diumumkan hari ini. Maka sibuklah sekelian tukang kempen, pelobi dan tukang bodek untuk memastikan 'taukeh' mereka terpilih. Jika terpilih maka sudah pasti mereka akan kaya raya kerana di hadapan mereka terhidang projek-projek kontrak dan habuan maha hebat. Jika tidak terpilih maka hancurlah harapan mereka untuk menjadi menteri, timbalan menteri. S/U Parlimen, YB dan sebagainya.

Kepada penyandang-penyandang jawatan pula mereka yang dipinggirkan sudah tentu sedang berkira-kira apa habuan yang mereka akan dapat. Syarikat mana dan agensi nama akan diberi kepada mereka untuk mereka menjadi Pengerusi. Elaunnya banyak, nama pun tidaklah terus tenggelam. Mereka masih boleh menggunakan agensi tersebut untuk terus mengharumkan nama mereka. PRU 14 dan seterusnya mungkin nama mereka akan digolongkan balik sebagai calon 'winnable' ala Najib dan Kak Ros.

Ada juga pimpinan parti komponen PR yang melompat parti atau dipecat atau menjauhkan diri sendiri dari parti dan bermesra dengan Umno/BN. Mungkin mereka ini juga menaruh harapan untuk terpilih sama menjadi calon parti yang mereka yakini sudah jauh menyimpang dari perjuangan Islam dan keadilan sebelum ini. Salah seorangnya ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.


Kejutan berlaku apabila Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan tidak menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana esok akan diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam.

Namun kita yakin Ustaz Nasha masih kuat akidah perjuangannya ....diharap begitulah.....

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter