.

.

15 April 2013

TOLAK UMNO/BN KERANA SUBURKAN BUDAYA LUCAH

Rakyat diseru menolak Umno/BN kerana menggalakkan budaya lucah. Manakan tidak sejak akhir-akhirnya mereka kembali menayangkan klip-klip video lucah samada majlis kempen mereka maupun di blog-blog pro-Umno/BN.

Inilah suatu budaya rosak dan biadap Umno/BN yang cuba memancing undi dengan menggunakan klip video lucah. Malu dan sedih kita mengenangkan sikap pemimpin Umno yang tidak tahu halal haram, dosa pahala dan malu ini.

Orang tua, budak-budak, Pak Imam dan Pak Haji diajak oleh mereka menonton klip video porno dan gambar-gambar lucah dan separa lucah. Diaibkan insan-insan tertentu dalam klip video tersebut walaupun ianya tidak dibuktikan benar. Kalau benar sekalipun apakah elok dan manis kita tayangkan benda-benda lucah itu di khalayak ramai. Tidak takutkah kepada amaran Allah. Dalam Islam orang yang dituduh berzina mesti dibawa ke muka pengadilan mahkamah syariah dan si penuduh mesti membawa 4 orang saksi yang adil. Bukan cara Islam menayangkan klip video lucah di khalayak ramai untuk menarik sokongan orang ramai.

Kita berkempen dan berjuang untuk menjadikan rakyat lebih baik bukannya diajak menjadi penggemar video porno sebegini.

Ayuh rakyat bangkit tolak parti yang menggunakan video lucah untuk tarik sokongan ...........

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter