.

.

14 April 2013

PRU 13 : DAP TANDING GUNA LAMBANG PAS???


Isu pendaftaran DAP digantung kembali hangat apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meminta DAP menghadiri siasatan berhubung aduan berkaitan dengan kesilapan teknikal semasa pemilihan jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu di kongres tiga tahun sekali DAP di Pulau Pinang Disember tahun lepas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, surat ROS itu bertarikh 9 April, tetapi telah dihantar sepuluh hari selepas Parlimen dibubarkan.
NONEDalam surat itu, ROS menyatakan ia memerlukan dua orang saksi dari parti itu untuk menghadiri siasatan tersebut pada 18 April.

Karpal berkata, surat itu meminta bekas pengarah pemilihan DAP, Pooi Weng Keong (kiri) dan ahli strategi pilihan raya, Ong Kian Ming menghadiri siasatan itu.
Ia akan diadakan pada pukul 10 pagi di pejabat ROS di Kuala Lumpur.

Beliau berkata parti itu juga diminta memberikan sembilan dokumen yang berkaitan dengan pemilihan CEC, termasuk notis yang dihantar kepada para perwakilan tahun lepas.

Walaupun sebelum ini isu ini telah senyap namun perkembangan terkini mungkin menyebabkan DAP terpaksa bertanding menggunakan lambang parti lain. Pimpinan PAS awal-awal lagi menyambut baik hasrat DAP yang dilaporkan berminat menggunakan lambang PAS jika sesuatu yang buruk terjadi kepada DAP.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter