.

.

08 May 2012

RAHIM NOOR 'HIDUP' BALIK TUDUH TOK GURU 'BAPA KAFIR'


Tiba-tiba bekas penjenayah yang Bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor 'hidup' kembali setelah sekian lama berdiam diri.  Bekas penjenayah yang pernah dihukum kerana memukul Dato Seri Anwar Ibrahim muncul semula membuat onar baru dengan menuduh dan melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib menyokong Bersih 3.0.

Beliau membuat kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Tuduhan itu merupakan sesuatu yang serius dan mengelirukan orang ramai. Mengapa sampai begitu sekali bekas penjenayah itu melabelkan seorang pemimpin agama yang disegani lawan dan kawan.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan itu meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.

Kenyataan Rahim begitu melulu sekali dan langsung tidak mencerminkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis. Ia jelas membuktikan bahawa Rahim masih dengan istiqamah dengan perangai samseng beliau. Samseng kampung Dusun pun tidak melabelkan Tuan Guru dengan label sedemikian.

Hari ini Peguam Tuan Guru, Hisham Fauzi berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya bekas ketua polis terbabit tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan.

Bekas penjenayah dan Ketua Polis Negara ini diberi tempoh 24 jam supaya menarik balik tuduhan terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggapnya “bapa kafir”.

 Hisham Fauzi yang Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang dan bersifat fitnah.

2 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter