.

.

02 May 2012

PRU 13 : DAP TURUNKAN 5 CALON MELAYU?

DAP dijangka menurunkan ramai calon Melayu pada PRU 13. Ini bukannya perkara baru dalam DAP kerana sejak sekian lama mereka mempunyai pimpinan dan wakil rakyat berbangsa Melayu. Antara pimpinan DAP Melayu yang pernah menjadi Wakil Rakyat ialah Allahyarham Ahmad Nor, Fadzlan Yahya dan lain-lain.

Cuma generasi sekarang tidak tahu bahawa DAP sebenarnya adalah parti yang berbilang kaum. DAP pernah menurunkan Zulkifli Mohd Nor bertanding beberapa kali di Pulau Pinang, Allahyarham Tan Kassim bertanding di Bera, Pahang dan beberapa yang lain lagi.

Kini DAP mempunyai ramai pemimpin Melayu yang berkaliber. Antaranya Tengku Zulpuri Tengku Puji, AJK DAP Pahang; Arif Sabri (Pahang); Aspan Alias (Negeri Sembilan); Tunku Aziz Naib Pengerusi DAP Kebangsaan; Zairil Khir Johari (Pulau Pinang); Zulkifli Mohd Nor (Pulau Pinang) dan lain-lain.

Tidak syak lagi DAP memang tidak ketandusan pemimpin Melayu. Mungkinkah DAP akan menurunkan sekurang-kurangnya 5 calon Melayu pada PRU 13 ini. Sama-sama kita tunggu ................

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter