.

.

02 May 2012

PASCA BERSIH 3.0 : LAGI BUKTI PROVOKASI PIHAK TERTENTU CETUS KEGANASAN


Memang tidak masuk akal apabila pihak tertentu menuduh peserta Bersih melakukan keganasan. Antaranya memotong kawat besi di Dataran Merdeka; Menterbalikkan kereta Polis tanpa alasan; memukul Polis dan sebagainya. Sedangkan kita tidak mengetahui siapa sebenarnya yang melakukan keganasan  tersebut. Sesiapa sahaja boleh melakukannya tanpa dapat ditahan.
Dalam isu menterbalikkan kereta Polis, kita sepatutnya mengkaji kenapa kereta itu diterbalikkan dan apa punca sebenar yang menyebabkan timbul provokasi tersebut. Apa yang pasti kereta itu melanggar peserta Bersih terlupa dahulu sebelum terbabas ke tepi.
Semalam seorang peserta Bersih 3.0 tampil menceritakan Insiden kereta pegawai penyiasat polis diterbalikkan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu bukan disengajakan.
Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa seorang aktivis, Saiful Mokhtar, 33, mengakui dia yang berada di lokasi kejadian dapat mendengar dengan jelas beberapa orang mengarahkan kereta polis itu diterbalikkan kerana kononnya ada mangsa yang tersepit di dalamnya.
“Mereka yang mengangkat kereta itu terdiri daripada 10 hingga 15 orang rata-ratanya berniat mahu menyelamatkan mangsa yang mungkin tersepit di bawah kereta dan bukan sengaja untuk membalas dendam terhadap anggota polis.
“Dalam keadaan kelam kabut kami cuba mengawal situasi namun terdapat dua atau tiga orang (bukan berpakaian kuning) bertindak menjerit dan cuba melakukan keganasan melampau malah kami cuba menghalang dan turut membelasah seorang daripada mereka yang cuba melarikan beg dari kereta polis itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, rakaman keseluruhan kejadian dirakam oleh sebuah TV Web dan dia sendiri turut mempunyai salinan rakaman itu.
“Kami sendiri yang mengeluarkan dan menyelamatkan anggota polis daripada menjadi mangsa ganas individu terbabit yang berterusan masih mahu melakukan provokasi meskipun ramai yang cuba meleraikannya.
“Saya juga hairan kerana rata-rata yang melakukan provokasi melampau dan mengajak supaya memukul anggota polis terdiri daripada mereka yang berpakaian biasa dan apa yang berlaku ketika itu amat pelik malah saya sendiri juga tidak sempat untuk menghalang salah seorang mereka daripada menendang beberapa motosikal anggota trafik yang diletakan dibahu jalan beberapa meter di lokasi sama,” katanya.
Saiful berkata, turut menimbulkan persoalan insiden yang berlaku seolah-olah dirancang kerana visual yang dirakamkan sebuah stesen TV diambil dari tingkat atas sebuah lagi pusat membeli-belah.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter