.

.

02 May 2012

PASCA BERSIH 3.0 : HISHAMUDDIN KENA MARAH?

Merah padam muka Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein selepas selepas Himpunan Aman Bersih 3.0. Manakan tidak kejayaan perhimpunan tersebut mengumpul lebih dari 300,000 orang Sabtu lalu menunjukkan kegagalan Hishamuddin menanganinya.

Lebih teruk lagi imej Polis dilihat lebih teruk dan ganas berbanding Bersih 1 dan Bersih 2.0 walaupun hanya kira-kira 300 orang sahaja yang ditangkap. Tetapi kali ini lebih ramai yang cedera, ramai wartawan di belasan dan terlalu banyak provokasi yang dilakukan oleh pihak yang tidak diketahui latarbelakang mereka. Selain banyak 'gajet' peserta himpunan seperti Hand Phone, Kamera dan sebagainya dirampas.

Amat malang sekali apabila sebelum himpunan Hishamuddin kelihatan begitu lunak menyatakan bahawa himpunan itu tidak haram dan boleh dilaksanakan dengan aman. Tetapi bila tiba harinya perkara sebaliknya berlaku.

Hishamuddin juga kelihatan tenggelam punca apabil menyatakan bahawa rampas hand phone dan kamera ada dalam Standard Operating Procedure (SOP) Polis tetapi sebaliknya dinafikan oleh Ismail Omar yang menyatakan bahawa tindakan itu tiada dalam SOP Polis.

Rakyat ingin mendesak Hishamuddin dan Polis memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya peserta Bersih 3.0 yang dikasari dan dibelasah. Terlalu banyak video rakaman yang menunjukkan peserta Bersih 3.0 dibelasah oleh puluhan Polis tanpa belas kasihan seumpama Polis dan Tentera Zionis Israel membelasah umat Islam Palestin.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter