.

.

01 May 2012

MEMALUKAN : MALAYSIA LETAK GAJI MINIMUM BAWAH PARAS KEMISKINAN


Malaysia akan melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900 untuk tenaga kerja di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pula RM800 sebulan, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.
Sambil menyifatkan ia sebagai "hadiah Hari Pekerja", Najib berkata, kadar itu ditetapkan dengan melakukan pengubahsuaian ke atas syor dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.
Pengumuman yang dibuat sempena Hari Pekerja, Najib berkata, kadar itu akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan sejak tarikh ia dikuatkuasakan dan dijangka akan memanfaatkan kira-kira lima juta tenaga kerja.
Sungguh memalukan negara kita kerana tangga gaji yang diumumkan oleh Najib itu adalah berada di bawah garis kemiskinan sebenar. Cuba bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan RM800-RM900 jika tinggal di bandar besar khususnya Kuala Lumpur. Sewa rumah RM300; anak sekolah katakan 4 orang; kerja seorang; ansuran motorsikal RM150, apa lagi yang tinggal dari jumlah gaji minimum Najib tersebut. 
Tidak terfikir oleh Najib bagaimana sengsaranya rakyat yang hanya mempunyai gaji RM800-900 sebulan. Cuba Najib dan Rosmah ambil RM900 dan gunakan untuk sebulan, cukup atau tidak.
Sepatutnya kerajaan mengumumkan gaji minimum sekurang-kurangnya RM1500 sebulan sebagaimana yang dicadangkan PR sebelum ini.
Seluruh gelakkan Najib kerana meletakkan gaji minimum di bawah paras kemiskinan. Memang kerajaan BN tidak tahu matematik bagaimana hendak mengira perbelanjaan rakyat.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter