THAIPUSAM : Jamil Khir SEDANG KUMPUL JAWAPAN, SILAP HARIBULAN PENDEK UMUR POLITIKNYA

Menteri Agama Umno, Jamil Khir agaknya sedang mencari idea untuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani tentang isu Najib sambut Thaipusam di Batu Caves. Sehingga hari ini Jamil Khir senyap sunyi. Mungkin sedang mencari hujah dan dalil agar Najib tidak marah kerana silap haribulan Jamil Khir pendek umur politiknya kalau mengguris hati Rosmah dan Najib.


Semua orang tahu pemimpin Umno pantang ditegur dan dikritik. Siapa yang menegur dan mengkritik pemimpin maka karier politik bolehlah dikira berakhir lebih-lebih lagi Menteri Agama. Sebab itu Menteri Agama tidak kekal lama, silih berganti.


Sementara itu Harakahdaily melaporkan bahawa Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri agama agar segera menyatakan pendirian berhubung kehadiran Perdana Menteri ke perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Ini kerana, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyifatkan Datuk Seri Najib Razak "menggadai akidah" kerana hadir dalam upacara keagamaan yang haram di sisi Islam.

"Apa guna Jamil Khir menjawat jawatan menteri mengenai urusan agama apabila beliau gagal menasihat dan menegah penyertaan Perdana Menteri dalam upacara Thaipusam sehingga mufti sendiri menyifatkan perbuatan Perdana Menteri itu menggadai agama," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, adalah pelik jika menteri yang sepatutnya menasihati Najib berdiam diri sehingga teguran dan tegahan terpaksa datang dari Mufti Perak pula.

Beliau juga mempersoal di mana peranan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu dalam menasihati Najib dalam urusan agama.

"Atau adakah Najib hanya mahu menerima nasihat dan petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide sahaja?

Comments