Najib GUSAR : LAWAT JOHOR UNTUK PASTIKAN KEADAAN BN

Haji Najib yang baru menyambut Thaipusam baru-baru ini melawat Johor hari ini. Apa tujuannya.....dialah yang tahu. Kita mana tahu. Dengar khabar Najib akan mengadap Baginda Sultan Johor.

Mungkin Najib gusar dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Johor kepada PR. Jelas rakyat Johor khususnya bukan Melayu menyokong PR sehingga ke tahap maksimum. Besar kemungkinan semua kerusi di mana pengundi Cinanya melebihi 35% akan dimenangi oleh PR. Manakala kerusi-kerusi campuran 50:50 pula memberikan mimpin ngeri kepada BN. Sebab itu Najib terpaksa bergegas ke Johor. Beliau ingin melihat sendiri keadaan sokongan rakyat Johor. Najib tidak mahu ditipu lagi sebagaimana orang keliling kelalang beliau menipu Najib pada PRU 1999 sehingga Najib nyaris tersungkur di Parlimen Pekan kepada calon PAS Ustaz Ramli Mohamed.

Kini Najib mahu lihat sendiri sokongan rakyat di seluruh negara. Namun Najib lupa bahawa rakyat yang datang menyambutnya ada yang diupah, ada yang diugut, ada yang diambil nama dan ramai murid-murid sekolah yang dipaksa hadir ......Harap Haji Najib tidak tertipu lagi ...........

Comments