Umno akan guna HASSAN ALI ROADSHOW seluruh negara?

Mungkinkah Umno akan menggunakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat dari PAS untuk roadshow mendedahkan keburukan PAS? Perkara ini tidak mustahil kerana Umno memang terdesak untuk mendapat undi orang Melayu.

Hassan Ali bukan sahaja bekas Pesuruhjaya PAS Selangor malah beliau juga adalah bekas pemimpin kanan PAS iaitu Naib Presiden dan ketika dipecat masing menjadi AJK PAS Pusat. Beliau menang pemilihan AJK PAS Pusat pada pemilihan parti tahun lepas.

Umno memang suka menggunakan bekas pimpinan PAS untuk mencacai dan mengutuk PAS. Sudah banyak bekas ahli dan pimpinan PAS yang dijadikan kuda tunggangan dan lembu untuk memburuk-burukkan PAS. Mereka ini akan digunakan semaksima mungkin dalam jangkamasa tertentu. Selepas itu mereka ini akan dipinggirkan seterusnya disepak bagaikan anjing kurap apabila khidmat mereka tidak diperlukan lagi. Mereka ini mungkin laku dalam sebulan dua atau sehingga kempen PRU 13 nanti selepas terpaksa pencacai-pencacai mencari kehidupan sendiri tidak lagi dipandang oleh Umno.

Dr Hassan Ali mungkin akan menuruti Nakhaie, Asri Muda dan lain-lain jika tersilap langkah atau jika beliau sanggup menjadi kuda tunggangan Umno. Jika beliau cerdik dan bijak beliau sudah tentu tidak akan membenarkan dirinya dijadikan pencacai dan kuda tunggangan Umno atau lembu suruhan Umno.

Kita yakin PAS tidak takut untuk berhadapan dengan Dr Hasaan Ali jika beliau membenarkan dirinya dijadikan senjata oleh Umno untuk menghentam PAS. Kita tahu PAS tidak ada skandal, PAS tidak songlap duit, PAS tak Rasuah dan sebagainya

Kita harap Dr Hassan Ali lebih cerdik dari bekas pemimpin PAS terdahulu yang dilembukan oleh Umno. Habis sepah madu dibuang..............

Comments

Takbir said…
Jgn kata mcm itu.. kita tak tau apa cerita disebaliknya. Sbb skrg ini kedengaran PAS terbahagi kepada dua puak :
1) Golongan Ulamak
2) Golongan Profesional

Dato' Hassan Ali ini tergolong dalam golongan Profesional. Dan kemungkinan ramai yg akan menjadi pengikutnya..
Anonymous said…
Saya nie saudara baru...nape orang yang Islam yang arahkan penjualan arak ditempat terbuka mcm Dato Hassan Ali kene pecat...saya nampak dia berani menegak kan kebenaran Islam..berbanding pemimpin Islam lain...nape ye...harap Mutaligat reply...