Penyamun LAPAR, nak makan lepas rompak

Kesian kepada penyamun ini. Itu apa yang boleh kita ungkapkan di atas tindakan penyamun yang merompak sebuah rumah di Kuala Terengganu. Selepas merompak penyamun meminta dihidangkan nasi. Ini penyamun tarbus tidak ada duit untuk beli nasi, maka dia menyamun barang kemas sambil 'menyamun' nasi sekali.

"Hidang aku nasi" itulah permintaan seorang penyamun selepas memecah masuk ke dalam rumah seorang pembantu veterinar di Kampung Bukit Payung, Besut Terengganu pagi kelmarin.
Bagaimanapun ketika penyamun itu sedang asyik menjamu selera, anak perempuan pemilik rumah itu sempat melarikan diri ke rumah jiran berdekatan dan menelefon bapanya bagi memaklumkan kejadian tersebut dan seterusnya membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan sebilah parang telah memecah masuk ke rumah berkenaan dan mengugut anak perempuan pemilik rumah yang ketika itu tinggal berseorangan supaya menyerahkan semua barang berharga.
"Mangsa 21 tahun yang dalam keadaan ketakutan kemudian terus menyerahkan dua utas gelang emas yang dipakainya.
"Selepas mendapat barang kemas itu suspek kemudian meminta mangsa menghidangkannya nasi, namun mangsa menyuruh suspek mengambil sendiri nasi di dapur sebelum mengambil peluang melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan," katanya.
Macam-macam ragam penyamun sekarang ...........
Sumber : Sinar Harian

Comments