Nasharuddin mau ikut JEJAK HASSAN ALI?


Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa adalah satu-satunya pimpinan PAS yang menyatakan simpati kepada Hassan Ali yang dipecat oleh PAS. Malah Nasharuddin turut sama bersama Ibrahim Ali menyertai Hassan Ali dalam kenyataan akhbar di rumah Adun Gombak Setia itu pada hari beliau dipecat.


Apa tujuan dan niat Nasharuddin tidak pula kita tahu. Kita mengharapkan Nasharuddin tidak mengeruhkan suasanan dan menambahkan lagi syak wasangka kita semua tentang wala' dan ketaatan beliau kepada parti. Sebagai seorang yang senior dan pernah memegang jawatan penting dalam jemaah Nasharuddin tidak sepatutnya mengikut rentak Hassan. Jemaah telah membuat keputusan kita patut taat kepada keputusan jemaah bukannya mengkritik kepimpinan PAS.

Hassan diberikan peluang untuk merayu dan memberikan penjelasan dengan mengemukakan rayuan kepada PAS. Ini proses biasa dan semua parti mempunyai persamaan dari segi proses rayuan. Cuma berlainan sedikit kerana kita mempunyai Majlis Syura Ulama'.

Harapan kita janganlah Nasharuddin menggunakan media untuk mengkritik dan menghentam PAS kerana beliau adalah AJK PAS Pusat dan boleh menegur kepimpinan dalam mesyuarat AJK Pusat. Tidak perlu melaung dalam media yang menyebabkan ianya dijadikan senjata oleh musuh.

Comments