Muslimat 'nyanyi' berdosa, Wanita umno tunjuk isyarat LUCAH, DEDAH AURAT TAK BERDOSA?

Utusan menangguk di air keroh dengan menyatakan muslimat PAS TIDAK BERAKHLAK  menyanyi dan melonjak-lonjak gembira dengan pembebasan Anwar. Bila pula Utusan mementingkan akhlaq dan perangai baik. Sedangkan selama ini Utusan sering menyiarkan gambar-gambar yang tidak berakhlaq dedah sana dedah sini.

Bila Puteri dan Wanita Umno tak pakai tudung, buka aurat, gunakan isyarat lucah dan sebagainya tidak pula Utusan kata tidak berakhlaq. Inilah perangai Utusan akhbar pencacai Umno yang hanya mencari kesempatan untuk mencipta isu.


Sementara itu Harakahdaily menyiarkan komen Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud dalam isu ini.
Dr Mariah berkata sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan  wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan Anwar.
“Kami telah mengetuai bacaan Ma’thurat dan Yasin. Malah pengumuman pembebasan Anwar diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yaasin,” ujarnya.
Katanya lagi, sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui di tempat perhimpunan.
“Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. Ini semua tidak pula dimasukkan ke YouTube,” katanya.
Tambah beliau lagi, selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan spontan.
Baginya, tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat dalam sekitar 10 minit.
Kata beliau, sememangnya semua yang hadir dari sebelum Subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan Anwar.
Jelasnya lagi, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang menggiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.
“Kalau kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan,” katanya.
Katanya, kalau nak dipertikaikan melodi yang sering dimainkan oleh pancaragam sekolah yang digunakan ianya melodi nyanyian reformasi yang selama ini digunakan oleh anak muda semasa berdemo.
“Mungkin yang kasar sikit ialah ‘Mampus Umno’.Kalau kita lihat budaya wanita timur tengah pun begitu. Mereka akan bertepuk-tepuk  dan mengangkat-angkat tangan sambil bernyanyi.
“Saya pernah bersama dengan Gerakan Islam Wanita di peringkat antarabangsa, Sudan, Indonesia, Algeria , Mesir dan lain-lain negara Islam yang lebih bersemangat dalam menyanyikan lagu-lagi jihad.
“Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini,” ujarnya.
DMPP juga, katanya yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa, ianya bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.
“Apa pun oleh kerana ia satu perkara baru dan bukan satu budaya muslimat, bagi mereka yang merasa tersinggung, Dewan Muslimat memohon maaf dan akan lebih berhati-hati dengan perangkap Umno BN di masa akan datang,” ujarnya.

Comments

Anonymous said…
Ada sapa-sapa berasa teransang nafsu seks bila mendengar muslimat ini menyanyi?

Terus terang secara peribadi aku katakan suara nyanyian mereka tak sedap langsung, namun kata-kata di dalam nyanyian mereka mampu menyebat hati UMNO/BN.

Cuma berkenaan muslimah yang bersalam dengan bukan muhrim sebab terlalu gembira (yang saya nampak seorang sahaja)... itu sahaja kesalahannya dari sudut adab... namun bagi 'setengah mazhab' tak batal pun wuduknya.
Anonymous said…
"Muslimat 'nyanyi' berdosa, Wanita umno tunjuk isyarat LUCAH, DEDAH AURAT TAK BERDOSA?"...bodoh punya tajuk. Dua2 berdosa lah. Org masuk neraka, hang pun sibuk nk masuk neraka. Ape beza kalian? SAMA!!