LINTAS LANSUNG DARI JALAN DUTA : Anwar HARAP RAKYAT BERHIMPUN DENGAN AMAN

8.55 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua penyokongnya agar memastikan perhimpunan hari ini berjalan dengan aman sebelum, semasa dan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau.
Arahan ini dikeluarkan Anwar kepada penyokongnya semasa beliau memberikan ucapan ringkas sebelum memasuki mahkamah untuk mendengar keputusan ke atasnya.
Sebelum itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar antara pimpinan utama PAS yang awal tiba di mahkamah. 
9.00 pagi : Auntie Bersih 2.0 juga sampai di perkarangan mahkamah dengan memakai baju kuning bertulis 'Generation 709'. Beliau memberitahu datang dengan bas. "Banyak senang datang sini".

"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".


9.08 pagi : Lebih ramai rakyat berhimpun. Kawasan letak kereta tidak muat melimpah ke tepi jalan dan jalan utama.

Comments