LIntas Langsung Jalan Duta : Perkarangan Mahkamah dipenuhi RAKYAT

NONE
Bantahan rakyat kepada tindakan zalim dan tidak adil sistem undang-undang negara kita dilihat semakin memuncak apabila sejak awal pagi lagi rakyat memenuhi perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan DUta bagi mendengar keputusan perbicaraan kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Rakyat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat dilihat ceria dan bertegur sapa. Mereka dilihat bersembang sambil bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu politik semasa negara.


Padang letak kereta Mahkamah Jalan Duta mula dipenuhi oleh para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula berkumpul di situ sejak jam 6.15 pagi sebaik sahaja selesai solat subuh.


Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.


Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.
Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.
NONELebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Comments