Hassan ALI MASUK UMNO?

Hassan Ali yang dipecat dari PAS semalam masih belum mengeluarkan kenyataan tentang hala tuju politiknya. Beliau menyatakan bahawa akan membuat kenyataan sehari dua ini.

Mungkinkah beliau akan menyertai Umno. Kemungkinannya memang ada kerana sejak akhir-akhir ini nada percakapan dan lenggok ucapannya sama macam Umno. Beliau juga mesra dengan media Umno menghentam PAS dan PR.

Kita tidak hairan jika Hassan masuk Umno kerana beberapa pimpinan tertinggi PAS yang meninggalkan PAS menyertai Umno antaranya  bekas Presiden PAS, Allahyarham Asri Muda dan bekas Naib Presiden PAS Nakhaie Ahmad. Hassan juga bekas Naib Presiden PAS.

PAS tidak rugi apa-apa jika Hassan menyertai Umno, kerana perjuangan PAS bukan perjuangan peribadi. Sesiapa yang mempunyai agenda peribadi boleh keluar dari Jemaah Islam kerana sifat jemaah Islam ialah bekerja dalam jemaah dan satu pasukan bukan berseorangan.

Comments