Dr Rani DILANTIK GANTI Hassan Ali?

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman disebut-sebut calon paling layak untuk menggantikan Hassan Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Dr Rani yang juga Adun Meru memang layak dilantik sebagai Exco Agama kerana kecenderungan beliau kepada ilmu-ilmu Islam selain berkebolehan menyampaikan tazkirah, khutbah dan lain-lain. Sebelum ini beliau mempunyai tauliah dari JAIS tetapi tidak disambung apabila ianya tamat tempoh.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Perubatan dari Mesir juga terkenal dengan kerja-kerja amal di seluruh dunia bersama Yayasan Amal. Beliau juga adalah seorang Imam di Meru.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan nama Exco baru dalam masa terdekat berikutan pemecatan Dr Hassan Ali dari PAS 2 hari lalu. Pemecatan tersebut diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas beberapa sebab yang dilakukan oleh Adun Gombak Setia tersebut yang menyalahi perlembagaan PAS.

Comments