Beri Angpow warna PUTIH : Perkasa BUTA WARNA?

Semua orang tahu dan sedar bahawa setiap kali Sambutan Tahun Baru Cina, warna merahlah yang menjadi budaya orang Tionghua. Semua rakyat Malaysia tahu, hanya orang yang buta warna sahaja tidak dapat membezakan warna merah dengan putih.

Tiba-tiba pemimpin Perkasam buat-buat tahu. Mereka menghulurkan Angpow warna putih pada majlis sambutan Tahun Baru Cina semalam. Bila ditanya mengapa guna warna putih, tanpa rasa bersalah mereka kata mereka tidak tahu. Mustahil mereka tidak tahu kerana saban tahu sejak dari dahulu warna merah melambangkan budaya masyarakat Cina tidak pernah mereka menggunakan warna lain dalam sambutan Tahun Baru.

Tidakkah ini menghina orang Cina???? Hanya Perkasam sahaja yang boleh menjawab soalan ini.

Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hasan berkata, amat malang apabila wartawan yang membuat liputan rumah terbuka mereka lebih suka mengetengahkan isu itu daripada menyiarkan berita tentang keharmonian yang terbina dalamnya.

"Apa pun ramai juga rakan-rakan rapat PERKASA dari kalangan kaum Cina yang hadir semalam tidak pun beritahu hal itu dan mereka yang menerimanya tidak pula pertikaikan," katanya.


Sumber : Malaysiakini

Comments