Anwar BELUM TENTU BEBAS, SAIFOOL AKAN BUAT RAYUAN


Datuk Seri Anwar yang dibebaskan dari tuduhan liwat hari ini belum tentu terlepas dari hukuman kerana Saifool masih boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Sudah banyak kali pihak kita menang di Mahkamah Tinggi tetapi tewas di Mahkamah Rayuan. Jadi belum tentu Anwar boleh menang jika rayuan dikemukakan oleh pihak pendakwa.


NONEContoh terbaik kes Datuk Seri Nizar di mana beliau menang di mahkamah Tinggi tetapi tewas di Mahkamah Rayuan. Apa pun boleh berlaku. 

Pihak pendakwaan masih belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan berhubung keputusan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Datuk Seri  Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat hari ini.


Peguam cara II negara Datuk Mohd  Abiden (kanan) memberitahuMalaysiakini bahawa mereka akan membincangkan hasil keputusan itu.



"Pihak pendakwaan akan menunggu penghakiman terlebih dahulu dan mengkajinya," katanya.



Yusof mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Anwar. Beliau dijadualkan bersara pada 1 Feb.



Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, mengambil masa kurang dari lima minit dalam membuat keputusan untuk membebas dan melepaskan Anwar selepas memutuskan untuk tidak menerima bukti DNA. Beliau sebelum ini, menerima bukti berkenaan ketika dibentangkan oleh pihak pendakwaan.



Pada peringkat akhir pembelaan, beban membuktikan mesti melampaui keraguan munasabah.



Meskipun menerima bukti yang dikemukakan oleh ahli kimia yang dilantik oleh kerajaan - Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, mahkamah memilih menolak kenyataan mereka selepas mendengar keterangan dari dua saksi pakar Anwar dari Australia.



Peguam Karpal Singh (kiri) berkata beliau berharap pihak pendakwaan tidak membuat akan rayuan terhadap keputusan itu.



Sambil menyifatkan kes itu sebagai antara kes yang paling sukar pernah dikendalikannya, Karpal berkata Anwar telah telah ‘dibersihkan’.



"Kami seru Peguam Negara tidak memfailkan rayuan dalam kes ini. Ini bukan kes yang sepatutnya untuk buat rayuan.



NONE"Anwar telah banyak merana. Trauma yang dialami oleh keluarga ..., dan mereka harus dibiarkan bersendirian. Ini satu kemenangan besar bagi pasukan pembelaan  dan Pakatan Rakyat. "



Karpal berkata, terdapat tumpuan yang lebih besar dengan pilihan raya umum yang akan datang, dan tumpuan harus diberikan kepada Anwar supaya menjadi Perdana Menteri akan datang.



Selain dari Karpal, pasukan pembelaan yang lain terdiri daripada Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, dan Sankara Nair.



Comments