ANWAR BEBAS : RAKYAT MASIH DIBELENGGU

Anwar Ibrahim dibebaskan hari ini oleh mahkamah dari tuduhan liwat. Tetapi tanpa disedari RAKYAT TERUS dibelenggu dengan pelbagai 'belenggu, raktai dan penjara.'

Rakyat terus dibelenggu dari segi hak asasi manusia, ekonomi, sistem sosial, sistem pendidikan, kesihatan, peluang-peluang perniagaan, keterbilatan dalam institusi masyarakat, NGO dan sebagainya.


Rakyat masih dibelenggu dengan :-

  • Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi mahasiswa
  • Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  • Akta Rahsia Rasmi
  • Akta Polis
  • Akta Hasutan
  • dan sebagainya.
Selain itu rakyat masih dibelenggu dengan ugutan, diskriminasi media, media tidak bebas dan berat sebelah, kronisme, penyalahgunaan kuasa, maksiat, budaya hedonisme, pendapatan yang rendah, kenaikan harga barang dan sebagainya yang gagal diselesaikan oleh kerajaan BN hari ini. 

Oleh itu kita mesti melipatgandakan usaha untuk membebaskan rakyat dari semua belenggu tersebut. Seperti ucapan ringkas Anwar hari ini......Sejurus selepas dibebaskan,....

"Kita telah dengar tadi bahawa saya kini bebas. Tetapi ini bukanlah mengenai kebebasan saya.  Tugas kita sekarang ialah untuk membebaskan rakyat ... Bebaskan rakyat! ... Bebaskan rakyat."

Comments

Anonymous said…
KAMI JUGA DIBELENGGU OLEH SUKA SAMA SUKA...TAPI..