PRU 13 : Koh Tsu Kon takut lawan Guan Eng

Ketua Menteri Pencen, Koh Tsu Kon takut untuk mencabar Ketua Menteri sekarang, Lim Guan Eng. Pelbagai alasan diberikan Tsu Kon. Semuanya adalah kerana beliau yakin akan tewas menentang Guan Eng di Pulau Pinang. Sebab itu beliau memberikan pelbagai alasan untuk tidak kembali bertanding di Pulau Pinang.

Sebenarnya Guan Eng sudah mula takut kepada bayang-bayang sendiri. Malah beliau juga mendapat tentangan dari ahlinya sendiri yang mahukan beliau bersara terus dari politik.

Saya mencadangkan supaya Koh Tsu Kon jangan menghiraukan cakap-cakap orang. Jika beliau yakin menang jika berlawan dengan siapa sahaja teruskan hasrat murni itu.

Lebih baik kalah secara anak jantan dari menang secara pondan atau diberikan jawatan percuma seperti yang diperolehi Koh sekarang yang dilantik sebagai menteri atas kapasiti sebagai senator.

Koh Tsu Kon tewas dalam PRU 12 lalu dan dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri oleh Najib Razak setelah dihadiahkan kerusi Senator Dewan Negara.

Comments

Anonymous said…
tak apa lah.. Itu hak individu untuk bertanding. Biar berpijak dibumi yang nyata.. dan hak rakyat utk mengundi siapa calon2 yang bertanding..