Najib BUBAR PARLIMEN 11 NOV (11/11/11)?

Ramalan bahawa Perdana Menteri Najib Razak akan membubarkan parlimen pada11 November 2011 (11/11/11) ada asasnya. Melihat kepada keghairahan Najib dan Muhyiddin 'pusing' Malaysia bertemu rakyat, menunjukkan seolah-olah pembubaran parlimen 'just around the corner'.

Media elektronik dan cetak saban hari memainkan 'lagu' memuji Najib dan BN serta meng'henyak' PR dan pemimpinnya.

Najib pergi menunaikan haji ke Mekah sehari dua ini dan akan kembali selepas Hari Raya Haji. Tidak mustahil beliau mengumumkan pembubaran parlimen sebaik pulang dari mengerja haji dan bergelar Haji Najib dan Hajjah Rosmah.

Hari ini media pencacai Umno hari ini melaporkan  bahawa Naib Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera Barisan Nasional (BN) perlu bersiap sedia dengan perancangan dan pelaksanaan yang berkesan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.


Katanya, langkah itu perlu dilakukan dalam usaha memastikan BN mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi di samping merampas semula kerusi yang dikuasai oleh parti pembangkang.
Sambil mengimbas kembali prestasi BN dalam pilihan raya umum lalu, Ahmad Zahid berkata, apa yang berlaku berpunca daripada kelalaian dan kesilapan BN dan UMNO sendiri.

Comments