IBRAHIM ALI ANGKUH, masih belum sedar diri

Ibrahim Ali begitu angkuh dan bongkak apabila menuduh PAS terlalu angkuh dan bongkak dalam politik.


Katanya, keangkugan PAS semakin terserlah sehingga kononnya mampu meramal siapa calon yang akan menang pada pilihan raya umum (PRU) nanti.
"Pada PRU 2004, Pas kata mereka boleh menang besar tetapi (kemudiannya) hanya (menang) nyawa-nyawa ikan dengan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Selain itu, pada PRU 2008, Pas tidak tahu akan berlakunya tsunami politik. Kalau Pas tahu, mereka tidak akan beri laluan kepada saya," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam, lapor media pencacai Umno.

Tambah Ibrahim, beliau ingin menasihatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu bongkak dan takbur kerana akhirnya akan terbujur.


"Sama-sama kita tengok, kalau ada umur yang panjang, siapa yang akan terbujur.


Saya sokong apa yang dinyatakan oleh Ibrahim. Kita lihat nanti siapa yang tersungkur di Pasir Mas jika Ibrahim dipilih menjadi calon BN. Jika beliau tidak terpilih kita harap beliau bertanding atas tiket BEBAS dengan menggunakan lambang KATAK. Kita tengok siapa yang MATI KATAK dan siapa yang menang.


Ibrahim memang seorang pemimpin politik yang angkuh dan tidak mengenag budi. Kemurahan hati PAS memberikan kerusi Pasir Mas kepada beliau di balas dengan maki hamun dan caci cerca. 


Apa yang kita bimbang Ibrahim bukan sahaja MATI KATAK malah HILANG DEPOSIT .......................


Gambar : Sekadar hiasan

Comments

Anonymous said…
Mati Katak la lepas ni.
Lepas tu masuk IJN sbab katak kan sakit jantung.