Apa guna Audit KALAU TIADA TINDAKAN

Saban tahun keputusan audit dibentangkan kepada kerajaan dan rakyat. Namun pelbagai pihak mempersoalkan tujuan dan matlamat audit dijalankan jika tiada tindakan konkrit dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Saya hairan dengan sikap kerajaan, Polis dan SPRM  yang seolah-olah membutakan mata dan memekakkan telinga dengan segala penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya yang saban tahun didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara.

Audit itu hanya sekadar pelengkap kepada jadual, tidak lebih dari itu. Walau sebesar manapun wang di'curi', lesap dan digelapkan si pelaku dibiar bebas lepas di alam buana.
Oleh itu saya amat bersetuju dengan tindakan PAS yang mahuengemukakan satu petisyen kepada Majlis Raja-Raja dan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembaziran dan salah urus kewangan negara seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, petisyen itu merupakan suara bantahan dari rakyat yang akan dikumpul melalui satu laman web yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

"Kita akan lancarkan petisyen dalam internet...dalam tempoh seminggu dua lagi.

"Kita akan kumpul nama-nama rakyat dan bawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini yang saya petik dari Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata petisyen itu bagi memberi maklum kepada Tuanku dan bagaimana baginda boleh bertindak atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan.

"Audit ni macam buku laporan murid sekolah la. Kalau tengok banyak merah tentu mak ayah kecewa. Sama la dengan rakyat yang kecewa dengan prestasi kerajaan dalam laporan audit itu.

"Sebab itu perlu ada satu tindakan dari Yang Dipertuan Agung. Pendedahan ini sangat berat," katanya merujuk kepada kepincangan pengurusan wang negara yang didedahkan oleh laporan audit itu.

Ditanya tuntutan petisyen itu sampai ke tahap mana, Mahfuz berkata sehingga "PM lepaskan jawatan, kerana ini satu kegagalan seorang PM".

"Kalau dalam syarikat korporat, jika berlaku kerugian, CEO mesti bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatan tukar orang lain," tambahnya.
 

Comments