1 juta rakyat kerja di luar negara, ADAKAH MALAYSIA MUNDUR?

azlan
Kelantan sering dituduh sebagai sebuah negeri yang mundur dan tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Sebab itu rakyat negeri Kelantan berhijrah ke negeri lain mencari pekerjaan.

Jika fakta di atas diambilkira apakah Malaysia sebuah negara mundur kerana 1 juta dari 26 juta rakyat Malaysia bekerja di luar negara.?

Bagi saya keputusan rakyat untuk bekerja di luar negeri dan luar negara bukanlah kayu ukur sesebuah negari atau negara itu mundur tetapi ianya lebih didorong oleh kemahuan individu itu sendiri yang mungkin mahu mengejar gaji yang tinggi dan kepuasan pekerjaan.

Dewan Rakyat diberitahu hari ini bahawa dianggarkan sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara sehingga April tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, SK Devamany, berkata angka itu dikeluarkan Bank Dunia berikutan kajian bersama dengan Unit Perancang Ekonomi JPM.

Beliau berkata, penubuhan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) adalah langkah tepat dalam usaha menarik mereka untuk kembali berkhidmat di tanah air.

Jadi janganlah dituding jari kepada Kelantan sahaja, tetapi hakikatnya ramai rakyat Malaysia bekerja di luar negeri iaitu kira-kira 3.85 %.


Comments

Anonymous said…
ramai rakyat malaysia yang ke luar negara sebab gaji lebih..saya pon dapat tawaran gaji bebelas kali ganda drpd di kelantan..agak2 awak boleh survive?habis degree gaji rm600-700 je..kalau gaji standard..kerja kerajaan..orang kaya terlampau kaya..orang miskin terlampau miskin..dekat negeri lain..awak pandai..awak boleh ubah nasib dengan belajar dan kerja..tapi dekat kelantan..habis degree..berapa rm je dapat..