Najib rombak kabinet?

Najib akan merombak kabinetnya tidak lama lagi. Kenyataan ini semakin kencang apabila semalam Najib mengumumkan bahawa Presiden MIC G Palanivel akan dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tidak lama lagi. Apa tujuan Najib merombak kabinet tidak dapat kita pastikan, Tetapi pemerhati politik berpendapat bahawa ianya dilakukan untuk mengimbangi tindakan Muhyiddin yang didakwa mengatur strategi untuk menggantikan Najib. Baru-baru ini Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan 100 ahli Parlimen BN.

Comments