Ku Li gesa rakyat sokong POLITIK BARU

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa rakyar melakukan perubahan dengan menolak politik kotor, perkauman dan rasuah yang semakin membarah di negara kita.

Ku Li dipetik berkata demikian dari laporan yang disiarkan akhbar Harakah terbaru.

Siapa yang mengamalkan politik kotor, perkauman dan rasuah kalau bukan Umno/BN.

Buktinya Umno menjadikan video seks bahan kempen di kalangan rakyat dan media. Budaya fitnah memfitnah jadi wirid mereka bukan sahaja musuh politik malah semasa pemilihan Umno ianya berlaku berleluasa.

Umno/BN menjadikan isu perkauman senjata mereka untuk mendapatkan. Umno mengapi-apikan semangat Melayu untuk mendapatkan sokongan begitu juga dengan MCA dan MIC yang memainkan isu perkauman masing-masing untuk sokongan.

Rasuah sudah menjadi perkara biasa dan seolah-olah makanan harian mereka. Bayangkan pemimpin-pemimpin utama mereka juga disabitkan dengan kesalahan rasuah seperti Ali Rustan dan Isa Samad.

Secara tidak langsung sebenarnya Ku Li menggesa rakyat menolak BN sebenarnya.

Comments