(Pasca Muktamar) Umno cari senjata baru

Kabinet baru PAS yang dipilih pada Muktamar PAS semalam merupakan kabinet yang tidak disukai oleh Umno. Selepas menghujani pemikiran rakyat dengan perpaduan Melayu, perwakilan PAS menjawab pelawaan Umno ini dengan melantik para pemimpin yang sememangnya tidak suka bercakap soal perpaduan dengan parti yang penuh dengan rasuah, penyelewengan dan maksiat.

Umno sudah tentu sedar bahawa bukan sahaja pimpinan baru yang dilantik ini kenal benar dengan Umno, tetapi seluruh ahli PAS kenal siapa Umno yang hidungnya berbelang itu.

Umno juga meracuni pemikiran rakyat dan penyokong PAS supaya menentang perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Tetapi semakin hebat mereka memfitnah, mentohmah PAS dan PR, rakyat dan ahli PAS semakin jitu sokongannya kepada PAS dan PR.

KIta yakin Umno akan mencari senjata baru selepas ini.

Comments