PAS akan berkubur?

Ahli Parlimen yang tergolong dalam Parti Katak, Zahrain Mohamed mendakwa PAS akan berkubur.  Pas disifatkan sebagai sebuah parti yang sedang menunggu masa untuk hancur disebabkan pembawaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mendapat sokongan padu daripada semua ulama serta golongan akar umbi.

Anggota Parti Katak itu berkata, Abdul Hadi kini telah terpengaruh dan terpaksa mengikut kehendak golongan 'Anwarinas' bagi memastikan Pas relevan dalam pembangkang biarpun menggadai dasar perjuangan parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Beliau berkata, gaya kepimpinan dan dasar perjuangan Abdul Hadi sebenarnya amat berbeza dengan golongan 'Anwarinas' yang hanya mahukan kuasa dan memperjuangkan idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Tidak perlulah Zahrain mendakwa sedemikian kerana yang akan pupus dan hancur bukan PAS tetapi beliau dan semua anggota parti katak akan lenyap dari persada politik Malaysia selepas Pilihanraya umum ke 13 nanti kerana Umno/BN sudah tentu tidak akan memilih mereka menjadi calon dan suara mereka juga sudah pasti tidak akan dilayan lagi selepas ini seperti juga ahli-ahli politik yang melompat menyertai Umno sebelum ini.

Zahrain memang muka tembok, muka tidak malu, semua orang kenal siapa Zahrain sebenarnya. Tidak perlulah beliau mencari publisiti sebegini kerana karier politik beliau hanya menunggu masa untuk lenyap dari bumi nyata ini.

Yang pasti PAS akan tetap utuh dan kukuh kerana dasarnya ialah Islam dan perjuangannya menegakkan Islam. Sudah hampir 60 tahun PAS ditubuhkan dan ianya semakin diterima oleh rakyat bukan sahaja umat Islam tetapi juga orang bukan Islam.


Parti-parti lain termasuk Umno (asal) sudah berkubur tanpa nesan. Parti Melayu Semangat 46, Parti Nasma, Parti Negara, Hamim, Berjasa, PSRM dan lain-lain yang tidak ditubuhkan kerana Islam berkubur dan lenyap dalam lipatan sejarah.

Umno Baru sekarang yang ditubuhkan pada tahun 1988 juga semakin hari semakin lemah kerana masing-masing berjuang untuk kepentingan diri, perut dan bawah perut sahaja.

Comments

si zahrain ni tadbir persatuan bola sepak pulau pinang pun hancur sampai berada di tempat tercorot..drpd gelaran Harimau Kumbang terus dapat gelaran Kumbang Bunga.....pastu ada hati nak cerita pasal parti....orang macam ni elok disumbatkan dalam lubang jamban jer