Muktamar : Seperti dijangka Media arus perdana tuduh Ulama diketepikan

Seperti yang saya jangka, media pencacai Umno hari ini akan menuduh bahawa Ulama telah diketepi , disingkir dan disisihkan oleh PAS. 

Mereka sebenarnya sengaja membangkitkan isu ini supaya orang Islam hilang kepercayaan kepada PAS kerana kononnya membelakangkan Ulama'. Namun hakikatnya tidak seperti yang mereka katakan.

Institusi Ulama terus diperkukkuhkan di mana Majlis Syura Ulama terus menjadi badan tertinggi yang mengawal dan memandu PAS. Selain itu Perlembagaan PAS yang menjunjung Al Qur'an dan sunnah tidak pernah diubah oleh PAS.sejak dari hari penubuhannya sehingga Insya Allah Hari Kiamat.

Kalau mereka menuduh Ulama' diketepikan maka siapakah Presiden PAS. Adakah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukan ulama'. Siapakah pula Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haron Din serta lain-lain Ahli Majlis Syura.

Jelas sekali mereka sengaja mahu menangguk di air keroh. Saya yakin jika pemilihan semalam dimenangi oleh majoriti ulama sudah tentu tajuk akhbar pencacai hari ini berbunyi golongan professional disingkirkan oleh PAS. 

Kita juga harus ingat bahawa dikalangan AJK yang menang masih ramai golongan Ustaz antaranya Nik Amar, Dr Mahfodz, Ustaz Gani Shamsuddin, Ustaz Ghani Abdul Rahman, Ustazah Nuridah, Ustaz Azizan dan Dr Mujahid. Siapa kata Ulama diketepikan.

Selain mereka yang tidak terpilih semalam iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Dato Tuan Ibrahim, Ustaz Idris, Datuk Seri Mohammad Nizar sudah tentu akan dilantik semula sebagai AJK lantikan. 

Pemimpin PAS yang tidak berlatarbelakang pendidikan agama sebenarnya mempunyai fikrah yang jelas terhadap perjuangan Islam.. Mereka telah melalui sistem tarbiah dan perkaderan PAS sejak dari mula-mula menyertai PAS. Selain itu kita melihat ramai di kalangan pemimpin gerakan Islam tidak mempunyai latarbelakang agama tetapi mereka tetap mempertahankan perjuangan Islam kerana kemantapan aqidah perjuangan Islam dan diperolehi dari sistem tarbiah yang unggul.

Prof Necmetin Erbakan, Al- Rantisi, Syed Qutb dan lain-lain ahli professional yang berjuang hingga akhir hayat untuk menegakkan Islam. 

Jelaslah bahawa akhbar pencacai Umno/BN dan media lain hanya mencari isu untuk memburuk-burukkan PAS sedangkan hakikat sebenarnya mereka tahu bahawa PAS tetap mempertahankan ulama dan perjuangan Islam.

Comments