Isu video : Kembali rujuk Islam dikatakan berdolak dalik

Utusan Meloya terus meracuni fikiran rakyat. Saranan Presiden PAS supaya isu tuduhan terhadap Anwar diselesaikan berpandukan hukum Islam dikatakan berdolak dalik oleh akhbar pencacai Umno itu. 


Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga.

Kalau kes khalwat dengan wanita dan lelaki, ada saksi dia dan yang boleh selesaikan kes ini adalah syariat Islam,” katanya semasa menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Pas Ke-57 di Taman Melewar, Kuala Lumpur semalam.

Utusan Meloya jelas menolak penyelesaian secara Islam sesuai dengan sifat mereka sebagai pencacai Umno. Mereka berani menolak sistem pendakwaan dan penghakiman yang ditetapkan Islam sebaliknya menuduh PAS berdolak dalik. 

Kita ingin bertanya kepada pemimpin Umno, Utusan Meloya dan seluruh rakyat adakah saranan supaya kembali kepada Islam dikira berdolak dalik.

Comments

Anonymous said…
tapi...tapi...lagi...konon cintakan islam. suruh ikut islam masih tapi lagi...jawaplah nanti