KUTUK SERANGAN GEREJA BAPTIST DURIAN DAUN

Sebagai Islam yang cintakan keamanan dan keharmonian saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Gereja Baptist Durian Daun semalam.

Serangan ini benar-benar mencemarkan nama baik Islam jika ianya dilakukan oleh orang Islam. Sebagaimana yang kita sedia maklum Islam mengharamkan penganutnya menceroboh dan mengganggu rumah ibadat penganut agama lain. Hatta dalam peperangan pun Islam melarang tenteranya menyerang dan membunuh tentera musuh yang berlindung di rumah-rumah ibadat.

Serangan ini adalah suatu perkara yang sebenarnya mencemarkan kesucian Islam dan juga mengganggu kebebasan penganut agama kristian untuk mengamalkan ajaran agama mereka.

Kita bimbang ada pihak yang sengaja menyerang gereja tersebut untuk tujuan politik, membibitkan api kebencian kepada kristian, mencetuskan suasana tegang antara penganut Islam dan kristian serta lain-lain tujuan.

Pihak berkuasa mesti menjalankan penyiasatan rapi dan telus untuk menangkap sesiapa yang sahaja yang terlibat dengan serangan tersebut. Walaupun ianya tidak mengorbankan nyawa dan harta benda yang banyak namun serangan itu mempunyai kesan mendalam terhadap keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang agama dan kaum di negera kita.

Semalam Gereja Baptist Melaka di Durian Daun disimbah dengan cat hitam di beberapa bahagian luar gereja tersebut.

Comments