1 Malaysia : Tak Kenal Maka Tak Cinta?

Seperti biasa setiap kali Perdana Menteri baru dilantik mereka akan mencipta slogan-slogan baru untuk menarik perhatian rakyat. Kalau dulu Mahathir dengan konsep Penerapan Nilai-Nilai Islam, Bersih Cekap Amanah, Dasar Pandang ke Timur; Pak Lah dengan Islam Hadhari kini Najib tampil dengan konsep 1Malaysia.

Asal Usul 1Malaysia.

Konsep atau nama 1Malaysia dicadangkan oleh sebuah firma antarabangsa bernama APCO Worldwide yang beribu pejabat di Washington DC. APCO Worldwide telah ditubuhkan pada tahun 1984.

CEO APCO Worldwide adalah Margaret Kraus, seorang Yahudi yang turut mencadangkan konsep atau nama 1Israel.

Antara nama yang pernah menjadi pelanggan APCO Worldwide adalah Kazakhstan dan Indonesia. Perkhidmatan APCO Worldwide diperlukan oleh Indonesia untuk merapatkan hubungan Indonesia-Amerika Syarikat

Hampir semua syarikat besar dunia seperti British Airways, Microsoft dan Nokia menggunakan perkhidmatan APCO Worldwide.

Pengkhususan APCO Worldwide ialah ‘ influencing decision-makers and shaping public opinion by crafting compelling messages and recruiting effective allies’

Pertama kali Perdana Menteri Malaysia menggunakan konsep 1Malaysia ialah pada 3 April 2009 selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.

1Malaysia tiada Asas Islam

Semua Perdana Menteri sebelum ini menyelitkan nilai-nilai Islam di dalam slogan mereka atau tindakan serta program mereka. Mereka memahami bahawa orang Melayu masih kuat berpegang kepada Islam dan ianya tidak boleh dipisahkan dari kehidupan mereka.

Sebagai contoh Tungku Abdul Rahman mengasaskan PERKIM; Tun Razak membina Masjid Negara: Tun Hussein Onn menganjurkan Bulan Dakwah; Tun Mahathir dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam serta Tun Abdullah dengan Islam Hadharinya.

Malangnya Najib belum menunjukkan kecenderungannya kepada Islam apabila Slogan 1Malaysia dan program-program yang telah beliau jalankan tidak menjuruskan kepada Islam itu sendiri. Dari sudut ini beliau kelihatan sebagai Perdana Menteri yang paling SEKULAR berbanding dengan semua Perdana Menteri sebelumnya.

Najib mendefinisikan 1Malaysia sebagai “Satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”. 1Malaysia hanya merupakan satu slogan bukan satu gagasan dan idea yang konkrit.

1Malaysia juga jelas tidak meletakkan Islam sebagau asas gagasannya di mana kita dapat menyimpulkan dari mana sebenarnya sumber 1Malaysia ini, adakah dari ajaran kapitalisme, sosialisme atau Islam.

Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan

Apakah benar slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan? Sehingga ini rakyat melihat slogan ini hanyalah retorik kerana banyak tindakan dan dasar kerajaan benar-benar menghimpit dan menyusahkan rakyat.

Walaupun kerajaan BN mempunyai dana dan kewangan yang banyak namun rakyat tidak dapat menikmati semua itu lantaran dasar dan program yang mencengkam mereka diperkenalkan dari sehari ke sehari.

Lantaran itu rakyat mula bertanya benarkan Negara kita mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh sedangkan kerajaan dilihat cuba mengaut keuntungan dari cukai dan menghapuskan subsidi yang telah sekian lama diberikan kepada rakyat.

Dibawah ini disenaraikan program-program kerajaan BN yang dikatakan mendahulukan rakyat.

1) Bayaran air bersih diswastakan dan kos bebanan ditanggung oleh rakyat. Malahan pemimpin Umno mendakwa memberi air percuma kepada rakyat Selangor adalah MEMBAZIR.

2) Harga Petrol naik tetapi pada masa yang sama mengabui mata rakyat dengan menawarkan harga Petron RON 95 dengan harga rendah sedangkan kualitinya RENDAH

3) Merampas royalti rakyat Kelantan RM1bilion dan juga royalty untuk rakyat Terengganu.

4) Harga gula naik 20 sen

5) Tambang bas naik 30 %

6) Harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat

7) Pengangguran dan pembuangan kerja semakin meningkat

8) Tarif elektrik terus meningkat

9) Insuran motor kereta kelas 3 dimansuhkan di mana ini menyukarkan rakyat

10) Stem dan bil telefon naik, berbeza dengan sebelum diswastakan

11) Kadar Tol semakin meningkat

12) Merampas kuasa di Perak dimana mandat rakyat dikhianati demokrasi dicabuli

13) Mengambil tindakan disiplin terhadap Pegawai Pertanian yang bekerjasama dengan program pertanian negeri-negeri PR. Ini menindas rakyat yang tidak berdosa

PERSOALANNYA SEKARANG BENARKAN KERAJAAN BN MENDAHULUKAN RAKYAT DALAM SEMUA DASAR, TINDAKAN DAN PROGRAM MEREKA SEJAK SLOGAN 1MALAYSIA DIPERKENALKAN.

ATAU APAKAH SLOGAN 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN HANYA RETORIK SEMATA-MATA??????

Sumber : Kertas Kerja Taklimat Isu-Isu Semasa PAS Pusat 9 Jan 2010

Comments