PRK BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU & BATANG AI : BN AKAN BUAT KERJA GILA UNTUK MENANG

Pelbagai cara dan taktik telah digunakan oleh BN untuk menambat hati pengundi bagi memenangkan BN di ketiga-tiga kawasan PRK. Namun dari sumber dalaman BN dan pihak PR ternyata sokongan kepada PR bertambah dari sehari ke sehari.
Kalau sebelum ini BN berani menyatakan mereka mendahului PR kini BN tidak lagi berani mengeluarkan kenyataan sedemikian. Ini kerana dari maklumat tersebut didapati pengundi-pengundi di Bukit Gantang terus menyebelahi PR. Kira-kira 50 % pengundi Melayu, 70 % pengundi Cina dan India secara jelas memihak kepada PR. Manakala di Bukit Selambau 52 % pengundi Melayu dan 75 % pengundi Cina dan India menyokong PR.
Di Batang Ai pertandingan lebih sengit. Kedudukan di sana dilihat masih 50:50 dengan BN terus mendabik dada mendakwa mereka menang dengan mudah.
Dengan perkembangan ini saya mengharapkan jentera PR akan mempertingkat gerakerja kempen dan pada masa yang sama memperketatkan lagi jentera keselamatan kerana sebagaimana biasa BN akan melakukan kerja gila jika mereka tersepit.
Kejayaan PR menghidu strategi jahat BN Bukit Gantang untuk membakar kereta polis dan menuduh penyokong PR yang melakukannya harus dipuji. Selain itu pihak keselamatan juga mesti berkawal dan melakukan gerakerja risik bagi menjamin sebarang kerja gila BN dihidu lebih awal.
Saya yakin dalam masa 2 hari yang berbaki ini BN akan melakukan lebih banyak kerja gila untuk memburukkan PR disamping melipatgandakan kerja merasuah, mengugut dan menipu pengundi.
Di samping itu saya juga mengharapkan jentera kita dapat mengenalpasti kerja-kerja penipuan dari segi daftar pemilih, pengundi hantu dan proses pengiraan dan penjumlahan undi nanti.

Comments