PRK BUKIT GANTANG : ARTIS SOKONG PR, ANAK MUDA MESTI TURUTI

Kalau artispun menyokong Pakatan Rakyat takkan anak muda ingin menyokong BN lagi. Jelas sekarang semua golongan sudah menyokong PR kerana mereka telah nampak perbezaan PR dan BN.

BN yang sudah lapuk dan kolot memang tidak patut di sokong lagi. BN tidak mahu dan tidak sudi untuk berubah. Walaupun pemimpin mereka berubah tetapi cara dan stail lama terus diwarisi dari kepimpinan terdahulu.

POLITIK LAMA yang dipelopori BN yang telah ketinggalan zaman masih digunapakai walaupun dunia sudah lama meninggal cara politik kolot tersebut.

Dalam era dunia tanpa sempadan ini BN masih menipu rakyat dengan menggunakan media melaporkan sesuatu fakta yang jelas mengelirukan. Sebagai contoh jumlah penyokong PAS dan BN yang berarak pada hari penamaan calon. Media BN cuba menipu rakyat. Mereka lupa bahawa zaman ini hampir semua rakyat mempunyai Handphone, akses kepada internet dan lain-lain. Mereka boleh menghantar sms, mms dan melayari internet di mana-mana sahaja. Jadi usaha media BN untuk menipu ditertawakan rakyat. Banyak lagi contoh lain..............

Oleh kerana BN mengamalkan POLITIK LAMA inilah maka semua golongan rakyat termasuk para artis dan pelakon sudah sedar dan insaf dengan menyokong PR. Antara artis-artis yang berani tampil menyatakan sokongan terbuka kepada PR di Bukit Gantang ialah Yasin dan Azhan Atan. Malah Akil Hayy juga didakwa penyokong kuat PAS dan PR.

Malam tadi Yasin dan Azhan mengadakan konsert terbuka ala Fun Fair di Bukit Gantang. Secara terbuka mereka berdua meminta semua pengundi memberikan undi mereka kepada calon PAS Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili PR.

Kalau artis pun sudah menyokong PR takkan anak muda, mak cik pak cik kat Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai tak mahu sokong PR.

Comments

Anonymous said…
Artis yg tak laku.

- orang Taiping
BagRef said…
bukan tak laku.. tapi taknak makan rasuah umno lg.. heheh
Putra IJ80 said…
QuoteAnonymous said...

Artis yg tak laku.unqoute.

Hai,Dato Siti pon dah mula berjinak jinak dgn TGNA.

Amy/Ito ..tak yah nak kata lagi

Mereka bukan Artis tak laku,tapi bermaruah.

Mereka sudah dapt hidayah.

Ter.,Kome bila lagi??
Anak Perelih said…
Akil Hayy dah lama berceramah utk PAS... sebelum nama dia naik balik... Nama dia naik balik lepas konsert dengan MAwi kat Kelantan dulu tu
Anonymous said…
Syabas pada artis2 terlibat.
Mereka ada maruah.
Mereka berani.
Ada jatidiri
Bukan tak laku.
Tak taulah apa maksud "orang Taiping" perkataan"laku" tu.