PRK BUKIT GANTANG : HABIS SUDAH IKHTIAR BN, SEMUANYA DITOLAK RAKYAT...

Ternyata BN terpaksa mengerah segala keringat, idea, tenaga, wang ringgit, agensi kerajaan dan sebagainya. Malah pemimpin 'recycle' juga akan dikerah hari ini untuk sama-sama membantu kempen BN.

Bukan setakat duit, projek, habuan, janji-janji manis dan basikal malah gadis-gadis seksi dan genit juga digunakan untuk memancing undi rakyat.

Jalan raya, padang bola, sekolah, jambatan, rumah dan sebagainya banyak yang dibaiki dan dirasmikan semula, entah berapa kali baiki dan rasmi kita pun tak tahu.

Gadis-gadis puteri Umno, mak cik nenek tua wanita Umno, pemuda dan orang dewasa berbadan sasa, anggota Polis bermisai lebat dan Special Branch licik menyamar semuanya digunakan oleh BN untuk mengabui mata rakyat.


Guru-guru Kemas, pegawai jabatan-jabatan, Ustaz-ustaz Jabatan Agama, Imam surau dan masjid, Ketua Kampung dan seluruh bala 'tentera' digunakan oleh BN untuk memenangkan Mail Safian, namun semuanya ditolak oleh majoriti rakyat bukan sahaja di Bukit Gantang malah di Bukit Selambau dan Batang Ai.
Semalam mereka membahagi-bahagikan basikal percuma kepada penduduk di beberapa kawasan dalam Bukit Gantang.

Apa lagi ikhtiar BN yang mereka dapat lakukan. Satu lagi yang mungkin dilakukan oleh BN ialah sabotaj, ugut dan perang saraf. Hasrat mereka untuk memburuk-burukkan PAS dengan membakar kereta Polis dan mendakwa dilakukan PAS dihidu terlebih dahulu oleh PAS. Namun saya yakin hari ini dan malam ini kemungkinan mereka akan melakukan beberapa tindakan. Oleh itu AWAS pasukan keselematan PAS jangan tidur walau sesaat.

Saya yakin walaupun seribu satu macam usaha samada secara baik atau jahat tidak akan berjaya untuk menyekat kebencian rakyat kepada BN. Semua ini adalah gara-gara BN dan Umno yang tidak mahu berubah dan bertaubat. Mereka terus berpolitik dengan cara LAMA sedangkan PAS dan PR sudah jauh terkehadapan dengan POLITIK BARUnya.

Syabas rakyat 2 Bukit dan 1 Batang. Jangan tunggu lagi AYUH PANGKAH PAS DAN PKR ESOK.

Comments

nik najis said…
Buat dosa je pangkah pas n pkr.