TINGKATKAN TAQWA, ISTIQAMAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN

Hari ini adalah hari keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. Insan agong kekasih Allh yang tiada tolok bandingnya. Kehebatannya sebagai kepala negara, pangliman perang, pemimpin keluarga, suami, ayah dan datuk serta lain-lain peranan tidak mampu ditandingi sesiapa. Malah sarjana barat juga mengakui baginda adalah seorang yang hebat dan sukar ditandingi sesiapa.

Kelahiran Rasulullah yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pencinta kebenarang dizamannya membawa cahaya nur kepada seluruh alam. Tidak hairan ada riwayat yang menceritakan bahawa di saat kelahiran baginda, bondanya Aminah melihat cahaya terpancar dan beliau melihat istana Rom dan Parsi jelas kelihatan dalam cahaya tersebut.

Bondanya langsung tidak measai kesakitan malah timbul keseronokan tatkala melahirkan baginda. Begitulah hebatnya manusia kesayangan Allah dan umatnya ini. Kelahirannya membawa rahmat dan kesejahteraan kepada sekalian alam.

Tidak hairanlah kita walaupun jarak kita dengan baginda sudah 1,500 lebih namun syariat dan perjuangan yang diwariskan oleh Baginda tetap dipelihara dan disambung kesinambungannya. Akan tetap ada insan yang akan meneruskan perjuangan Rasulullah walaupun ditekan dan difitnah.

Sunnah perjuangan Rasulullah dan Nabi-Nabi Allah lain memang akan terus dipelihara Allah. Walaupun pewaris perjuangan Rasulullah ini sudah pasti akan melalui skrip penentangan dan badai yang hebat namun ianya tidak melemahkan semangat pejuang-pejuang agama Allah ini. Baginda di pulau, dicemuh, difitnah, dizalimi, dicerca dan mahu dibunuh. Maka tidak pilih jika skrip yang sama akan diteruskan oleh pewaris perjuangan batil warisan firaun, Abu Lahab dan lain-lain. Cuma wataknya kini dipegang oleh orang lain dan yang pasti skripnya sama.
Maka kita sebagai pejuang agama Allah mesti istiqamah, komited dan mempertingkatkan ketaqwaan kita untuk berhadapan dengan apa juga cubaan dan mehnah serta tribulasi perjuangan
Jangan takut kepada cubaan dan dugaan kerana ianya memang adat perjuangan. Para pejuang dan Nabi terdahulu ada yang digergaji kepala, dibunuh, dibuang negeri, disiksa dan lain-lain. Skrip yang sama sudah pasti menanti dan menunggu pejuang Islam masa kini.
Di depan mata kita terhidang bagaimana As-Syahid Ibrahim Libya, As-Syahid Osman Talib dan lain-lain telah dibunuh oleh manusia rakus yang bencikan perjuangan Islam.
Allahu Akhbar!!! Allahu Akhbar !!! Allahu Akhbar !!!


Comments