PRK BUKIT GANTANG : PAS MENANG PUSINGAN PERTAMA

PAS ternyata jauh berjaya mengatasi BN pada hari penamaan calon PRK Bukit Gantang hari ini. Proses penamaan calon bagi PRK P059 Bukit Gantang yang diadakan di Bangunan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyaksikan jumlah penyokong PAS yang jauh lebih besar dari penyokong BN.

Penyokong PAS yang mula membanjiri kawasan padang MPT seawal jam 7.50 pagi ternyata mendominasinya suasana hari penamaan calon itu. Jumlah penyokong PAS dianggarkan seramai 20,000 orang manakala penyokong BN hanya seramai 4,ooo orang sahaja.

Suasana di luar meriah dengan sorakan kedua-dua penyokong. Kelihatan juga replika kapal selam dan laungan "hancur BN, Altanyuya dan takbir" kedengaran sepanjang proses penamaan ketika ini.

Penyokong-penyokong PAS juga melaungkan Umno rasuah, Umno penipu dan lain-lain.

Rata-rata pemerhati politik yakin bahawa PAS lebih bersemangat untuk menghadapi BN pada kali ini berbanding jentera BN yang kelihatan lemah.

Seorang pemerhati bebas, Jauhar Dawi, 36 dari Muar pelik dengan suasana kerana menurutnya ternyata penyokong BN lesu dan lemah sehingga tidak langsung membalas kata-kata dan slogan yang dilaungkan penyokong PAS.

Jauhar berkata kalau penyokong membawa kereta 4WD, hailer, banner, replika dan patung, penyokong tidak membawa satu pun hailer cuma bendera dan banner yang kecil dan biasa sahaja.

Ini katanya, jauh berbeza dengan apa yang mereka lakukan sebelum ini terutama di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Comments

Sungguh besar dan sungguh meriah sokongan dari rakyat Malaysia diberi kan kepada PR Perak.
Orang yang buta mata pun dapat rasa suasana yang riang dan ria di Ipoh dan di Taiping pada pagi ini.
Walaupon ini chuma pilihan raya yang kecil tapi dah nampak dengan jelas bahawa pulohan ribu rakyat dari berbilang bangsa sudi datang untuk sokong Pakatan Rakyat .
Seluroh bandar Ipoh pagi ini bergemar dan bergegar.

Rakyat dengan secara otomatik datang.
Mereka datang dengan sendiri!
Mereka hadir dengan kos tambang sendiri.
Tanpa diberi makan pagi!
Tanpa di sogok.
Tanpa di ugut .
Tanpa 'fulus" dan tanpa "sampul surat puteh yang berisi wang ringgit.
Yang hadir pagi ini mungkin lebeh ramai daripada masa Anwar dicalonkan di Permatang Pauh !
SYABAS rakyat Perak dan Syabas kepada PR.

( Kalau boleh , sila lampirkan gambar suasana di Ipoh pagi ini,
Boleh mintak copy dari saudara uncle Zorro unmasked)
Anonymous said…
Takbirrr....saya berada di Taiping sejak 5am lagi. Ternyata penyokong PR lebih bersemangat dan seawal 5 pagi lagi pekan Taping di penuhi dgn ribuan penyokong PR sehingga untuk sembahyang Subuh pun terpaksa di laku kan dua kali kerana tempat tidak mencukupi.Mmg ternyata penyokong BN lemah sehingga terpaksa mengupah budak sekolah menjadi penyokng mereka.
Anonymous said…
Member PAS dari Ipoh nak ucapkan terimakasih kepada hamba Allah yang kosongkan rumahnya di Taman Simpang (hantar keluarga balik kampung) semata-mata nak tumpangkan kami tidur. Pagi-pagi nak ke acara penamaan calun. Hanya Allah yang membalas jihadmu. Allahuakbr.