MUNCUL DI KHALAYAK : ADUN LOMPAT JELAPANG TERUS DICERCA RAKYAT

ADUN Jelapang, Hee Yit Foong yang menjual maruah dan harga dirinya terus dicerca rakyat apabila muncul kali pertama semalam di Pusat Khidmat Masyarakatnya.

Kemunculan Hee buat kali pertama itu selepas beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas bulan lalu.

Beliau tiba di pusat khidmatnya tidak jauh dari Ipoh pada pukul 3 petang semalam untuk menemui pengadu-pengadu berhubung masalah saliran.

Pembantu khasnya yang baru dilantik, Sharifuddin Mohd Aminuddin berkata, Hee bagaimanapun terpaksa meninggalkan pusat berkenaan dengan segera 45 minit kemudian selepas sekumpulan orang awam datang menggangunya dengan kata-kata kesat.

Hee tiba dengan suaminya dengan sebuah kereta Mercedes Benz dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.

Beberapa orang yang lalu di kawasan itu kemudiannya melihat kedalam pusat khidmat berkenaan melalui tingkap dan mengetahu bahawa Hee berada di dallamnya.

Kira-kira sepuluh orang penduduk tempatan yang berada di kedai kopi bertentangan dengan pusat khidmat berkenaan mula melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

Kumpulan berkenaan memanggil-manggil nama Hee dan kata-kata tidak baik seperti 'pengkhianat yang memusnahkan Pakatan,' dan 'wanita tidak mengenang budi.

Inilah akibatnya apabila amanah yang diberikan oleh rakyat dijual hanya dengan sedikit keuntungan dunia akhirnya diri sendiri yang hidup susah dan tidak tenteram dicerca dan dicemuh rakyat sendiri dan penyokong sendiri.

Comments

ISA said…
salam,

nasib baik puak pakatan yang ganas ni tak baling kasut yea... macam fru buat pada rakyat semalam.

gang pakatan ganas2 belaka, gang umno semua baik2...
Hee patut letak jawatan.
para pengundi tak mau hee.
Dia datang dengan kereta Benz?
Wow, kaya dia sekarang.
najib beri berapa beg wang?