LAKSANAKAN APA YANG DITITAHKAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah bahawa penghayatan Islam yang telah diterjemahkan melalui sejarah kegemilangannya membuktikan bahawa umat manusia pernah bersatu di atas paksi kebenaran pada suatu ketika dahulu.
Tuanku Mizan bertitah Islam juga mengharamkan sebarang bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi sebaliknya menganjurkan keamanan, hak kesamarataan dan saling membantu.
Baginda bertitah demikian dalam sambutan bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah'.
Patik amat bersetuju dengan titah Tuanku dan mengharapkan sekalian rakyat dan Perdana Menteri serta ahli kabinetnya dapat menghayati betul-betul titah tuanku ini.
Ini kerana sejak kebelakangan ini terlampau dakwaan penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan diskriminasi dilakukan oleh kerajaan Perdana Menteri sekarang. Contoh terdekat ialah semasa pemilihan Umno yang mana rasuah berleluasa berlaku, anak-anak dan kroni-kroni pimpinan hidup kaya raya dan juga diskriminasi kerajaan pusat kepada kerajaan negeri PR sejak sekian lama seperti yang dialami oleh kerajaan Kelantan sejak 1990. Selain dari itu banyak lagi perkara-perkara seumpama ini didakwa dilakukan oleh kerajaan Perdana Menteri sekarang.
Patik mengharapkan titah Tuanku ini dihayati semaksimanya oleh sekelian pimpinan negara dan negeri serta juga rakyat.
Kita tidak mahu SPRM, SPR, Polis meneruskan perangai lama yang jelas memusuhi rakyat, tidak telus dan mudah diperkudakan oleh kerajaan BN.

Comments