HISHAMUDDIN PENAKUT, TIADA KEBERANIAN

Seorang blogger yang mengakui rapat dengan Hishamuddin menulis mengenai PPSMI di dalam blog beliau seperti di bawah :-
"Saya mengenali Hishamuddin sewaktu beliau di Kementerian Belia dan Sukan. Pernah beberapa kali saya berbincang dengannya di rumah dan pejabat."
"Saya mengenali Hishamuddin sebagai seorang yang teliti, cermat, berhemah, banyak pertimbangan dan berhati-hati."

"Kesemua ciri-ciri itu penting bagi seorang ahli politik. Apa yang kurang ialah keberanian. Sekiranya Hishamuddin berani membuat keputusan, saya fikir Perdana Menteri tidak perlu berkata - segerakan"
Saya memang bersetuju dengan pandangan blogger ini. Sepatutnya sebagai seorang Ketua Pergerakan Pemuda sebuah parti yang mendakwa terbesar dan paling hebat di Malaysia, Hishamuddin mesti berani menongkah apa juga arus dihadapannya.
Patutlah Hishamuddin tidak pernah menyahut cabran Pemuda PAS untuk berdebat. Hanya Khairy yang berani manakala Hishamuddin awal-awal lagi takut untuk berdepan secara anak jantan.
Saya yakin kalau seorang pemimpin yang begini memimpin kita nanti, punah ranah agama, bangsa dan negara.

Comments

Anonymous said…
betul tuu...penakut punya orang jangan dipilih, apa perasaannya bila penolongnya lebih menonjol dari dia...dia play safe, ini memang perangai orang tak layak jadi pemimpin